SEKITAR MIHAS 2016

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat Sejahtera Sahabat di mana sahaja anda berada. Semoga sentiasa berada di dalam lindungan ALLAH.

الحمد لله sedikit masa terluang untuk saya kongsikan sedikit sebanyak Pengalaman sepanjang berlangsungnya MIHAS 2016 di Kuala Lumpur Convention Centre.

MIHAS kali ke 13 ini mengabungkan lebih 528 syarikat seluruh dunia yang membawa produk dengan tuntutan syarak.

الحمد لله , pengenalan PEVOO di MIHAS ini bukanlah kali pertama malah kami sudah bersama sama MIHAS sejak 2008 lagi.

Seperti kebiasaannya, kami membawa sekali tuan ladang Minyak Zaitun Ramallah bagi menerangkan dengan sangat terperinci mengenai seluruh proses industri minyak Zaitun Ramallah iaitu Dr Osama Odeh.

Adalah amat penting  bagi saya secara peribadinya membawa perkongsian Ilmu dan Maklumat kepada orang ramai lebih dari penjualan kerana semua perlu sedar bahawa Industri Minyak Zaitun dunia adalah penuh dengan skandal penipuan dan keuntungan semata mata.

Merujuk kepada Olive Oil Council di Sepanyol sebanyak 70 ke 80 peratus minyak zaitun dunia adalah tiada Asli! Tidak asli bermakna ianya adalah campuran dengan pelbagai minyak sayuran lain di dunia seperti Minyak Canola, Minyak Soya, Minyak Jagung dan sebagainya yang mana campuran ini bukan sahaja menjejaskan kualiti minyak zaitun malah amat memudaratkan kerana campuran semberono ini menghasilkan ketidaktentuan komposisi semua nutrisi minyak zaitun itu sendiri.

MIHAS yang berlangsung sepanjang 4 hari bermula dari 30 Mac sehingga 2 April 2016 memberikan saya gambaran yang cukup jelas bahawa ILMU tentang sesuatu perkara itu adalah sangat sangat UTAMA dalam segala Hal. Ramai antara Kita yang ingin amalkan pemakanan Baik lebih lagi pemakanan Sunnah. Namun tidak ramai yang mengetahui betapa SUKARNYA untuk mendapatkan Kualiti Pemakanan Baik itu, Harganya tidak Murah, Untuk mendapatkan hasil tuaian zaitun adalah tidak mudah.

Booth kami berada di Hall 4, tapak booth No 73 dan 74 dan saya berada di sana dari jam 10 pagi hingga 7 petang dan Subhanallah saya berjumpa ramai Sahabat serata dunia, dari Malaysia, China, Palestine, Itali, Greece, Russia, Thailand, United Kingdom dan banyak lagi  bertukar maklumat dan bagaimana menerangkan kepada mereka istimewanya Setitis Minyak Zaitun Ramallah. We are there for our Fellow Muslim Palestinians Farmers!

Istimewanya tahun ini, Dr Osama telah membawa satu replika perahan batu untuk menunjukkan secara jelas bagaimana buah zaitun dipetik dan diproses dengan kaedah manual. Tanggungjawab Team Pevoo Ramallah adalah menerangkan secara Khusus bagaimana buah zaitun dipetik secara “handpicked” dengan tangan, kemudian dipotong kasar sebelum digiling halus dan lama dengan batu besar. proses pemerahan ini mengambil masa yang lama. dan rata rata petani di mana sahaj di dunia semakin meninggalkan proses gilingan stone crushing zaman berzaman ini kerana faktor masa dan tenaga, namun sesungguhnya hasil gilingan manual jauh lebih baik dari perahan mesin kerana kandungan Polyphenol dapat dikekalkan dengan peratusan tinggi.

Bagaimana untuk menentukan minyak zaitun yang asli semuanya bergantung kepada SENSES kita, bermula dari MATA, HIDUNG, dan RASA pada lidah. Pelbagai perkongsian maklumat dan ilmu kami belajar dari semua di sana. Syukur di atas kesempatan ini.

Saya kongsikan memori di MIHAS 2016 dan اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ  jika ada rezeki pada tahun tahun akan datang kita berjumpa lagi.

Bagi pihak semua TEAM PEVOO RAMALLAH MALAYSIA, saya mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua PEVOO LOVER dan semua pengunjung MIHAS 2016!

p/s : Banyak lagi tentang MIHAS di FB

https://www.facebook.com/munirah.syedabubakar/media_set?set=a.10153393144307093.729647092&type=3

IMG_1329 IMG_1330 IMG_1332 IMG_1333 IMG_1334 IMG_1335 IMG_1336 IMG_1337 IMG_1339 IMG_1340 IMG_1341 IMG_1343 IMG_1344 IMG_1345 IMG_1346 IMG_1347 IMG_1348 IMG_1349 IMG_1350 IMG_1351 IMG_1352

12670542_10153424363607093_4469003061524776322_n

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TIPS BUAT IBU MENGANDUNG

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Para sahabat yang sedang mengandung

Masya Allah , Alhamdulillah dan Mabruk!

Para ibu , di awal kehamilan amat penting menjaga kehamilan anda

Peringkat awal kehamilan makanlah makanan ini

1) kurma
2) badam tanpa dipanggang
3) susu kambing asli
4) minyak zaitun asli extra virgin

Pada awal kehamilan jangan ambil dahulu madu  buat sementara waktu dan elakkan mengambil habbatussauda.

Pada saya makanan sunnah adalah #superfood dan #powerfood dan dengan makanan sunnah jika diambil secara teratur dengan disiplin yang betul dan pengambilan yang betul maka anda tidak memerlukan apa apa pil yang diproses kerana nutrisi lengkap sudah cukup buat ibu dan anak.

DNA anak sudah terbentuk pada proses persenyawaan lagi jadi apa yang penting ialah dalam masa 9 bulan ini adalah pembentukkan tulang anak dan pembentukkan sel otak anak.

Pemakanan buah buahan dan sayur juga amat penting seperti buah epal, pisang, delima, labu, bayam, tomato dan sebagainya.

Seminggu sekali para ibu boleh amalkan minuman ini

100 ml susu kambing
5 biji badam tidak dipanggang
3 biji kurma
5 biji kismis hitam
Sesudu kecil Madu

Di blend dan diminum sejuk
Ianya adalah baik buat ibu dan anak

Sentiasa sapu #pevoo pada pada bahagian ini

1) perut
2) pinggang dan bahagian belakang
3) peha dan betis
4) kaki dan tapak kaki

Minyak Zaitun Asli Ramallah PEVOO

Minyak Zaitun Asli Ramallah PEVOO

Para suami yang budiman semua, lihatlah wajah isteri anda dengan penuh rasa kasih dan sayang kerana apa yang dilalui para ibu adalah amat hebat. Bantulah sapu pada belakang badan dan kaki terutama bila kandungan menginjak 7 bulan ke atas ketika itu semakin sukar ibu untuk menyapu bahagian bahagian yang sakit.

Para ibu boleh minum Pevoo satu ke dua sudu besar sehari kerana kita amat memerlukan kalsium dan kalsium di dalam minyak zaitun adalah amat tinggi.

Kurma sebaik baik buah di dunia dan Syurga

Kurma sebaik baik buah di dunia dan Syurga

Amalan pemakanan sunnah pastinya memberikan nilai tambah yang amat besar.

Anda tidak perlu bergantung pada pemakanan proses atau formulasi pemakanan kerana apa yang anda amalkan adalah dari rujukan terbaik iaitu dari Al Quran dan As Sunnah.

Teruskan kebaikan dan keberkatan makanan ini pada anak yang telah dilahirkan nanti.

Sapukan anak dengan minyak zaitun menggantikan minyak telon atau minyak bayi.

Sediakan buah kurma untuk mentahnikkan anak nanti.

Insya Allah berkat pemakanan ini ibu akan berasa rileks, tenang dan bertenaga.

Apa yang penting kita beroleh Barakah.

Saya doakan semua sahabat selamat semasa proses melahirkan dan diberi limpah rahmat serta kasih sayang Allah dunia dan akhirat

Amin

Munirah
017 352 8858
Global Barakah Enterprise

GLOWING SKIN with PEVOO LOTION

الحمد لله

Bertambah keluarga baru di Global Barakah. Selain daripada Palestin Extra Virgin Olive Oil PEVOO Ramallah, izinkan kami memperkenalkan PEVOO Lotion yang juga dari Ramallah, Palestin

Seronoknya menggunakan PEVOO Lotion ini kerana walaupun berasaskan Minyak namun, Ianya amat menyerap tidak berminyak!  Yes not Oily At ALL, and the BEST part is formulasi PEVOO Lotion ini adalah dari bahan alami berkualiti tinggi.

GOLDEN LIQUID FAR FROM RAMALLAH

GOLDEN LIQUID FAR FROM RAMALLAH

3 bahan utama PEVOO Lotion adalah

  • PEVOO
  • Lavendar
  • Lemon

Wangi! Soothing! Calming!

Pevoo Lotion sangat KAYA dengan VITAMIN E

Sesuai untuk BAYI hingga DEWASA dan sesuai untuk anda yang mengakami Eczema

Selain menjadi Pelembap Wajah , PEVOO Lotion juga sesuai untuk menghilangkan jeragat dan kedutan wajah

Aroma wanginya amat menenangkan, selesa dipakai dan yang paling penting Selamat dan Halal.

Testimoni baik dari PEVOO LOTION LOVER

Testimoni baik dari PEVOO LOTION LOVER

 

1450666_10153340045037093_7439410862357458439_n

MasyaALLAH Pevoo Lotion from Head To Toe!

PEVOO Lotion dengan isipadu 50 ml dengan harga RM 55 sebotol , RM 50 untuk 2botol ke atas.

When it is SUNNAH it is BARAKAH!

Jika berminat, hubungi Munirah di 0173528858 atau terus layari Facebook saya https://www.facebook.com/munirah.syedabubakar

Live and Love Sunnah

Munirah

Oh Buah Delima!

Perkongsian baik untuk semua Hari ini

Buah delima sangat tinggi dengan antioksidan jadi sesiapa yang perlukan antioksidan tinggi tidak perlu bersusah payah membeli produk collagen yang diproses (kandungan apakah didalamnya pun kita tidak tahu, yang kita nampak hanyalah serbuk sahaja)

Berbalik kepada rujukan no 1, Al Quran

Jadi jika orang di luar sana lebih menghargai buah buah semulajadi kita pun jangan ketinggalan kerana apa yang menyedihkan import dan eksport makanan Al Quran dan As Sunnah adalah tertinggi di kalangan negara bukan Islam

Berbalik kepada kisah buah Delima, dengan sebiji buah delima saiz XXL pelbagai cara boleh kita aplikasikan pada diri dan keluarga

Delima Mesir XXL

Delima Mesir XXL

MasyaAllah hebat bukan Ciptaan ALLAH SWT

1) Makan buah delima, tapi janganlah buah bijinya sahabat, kunyah kunyah telan. dalam biji delima itu banyak khasiatnya. bagi memastikan biji itu mudah dimakan tunggu dua hari sehingga buah delima sedikit kecut jadi bijinya juga akan kecut. mudahlah dikunyah kunyah

Delima siap dikupas

Delima siap dikupas

2) dibuat Jus Delima menggunakan slow juicer MasyaAllah warna yang keluar sangat cantik!!!! rasanya sedikit masam tapi manis bergantung kepada spesies buah delima yang kita beli. Pulps delima yang keluar boleh dijadikan scrub badan dicampur dengan sedikit minyak zaitun kegemaran saya semestinya #pevoo

Jus Delima using Slow Juicer!

Jus Delima using Slow Juicer!

3) kulitnya jangan dibuang, disimpan di dalam peti ais. nak buat apa dengan kulit delima? untuk remedi sakit perut sepert cirit birit. amalan ini bukan amalan baru ya sahabat dari zaman turun temurun lagi sudah ada remedi mudah ini. ambil dalam 3 inci kulit direbus dengan sedikit air , kemudian diminum airnya. اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ masalah selesai!

Simpan ya kulitnya banyak remedi baik dari kulit delima ini

Simpan ya kulitnya banyak remedi baik dari kulit delima ini

anak anak kecil juga boleh amalkan untuk masalah cacing dalam perut berikan sedikit sahaja sebulan dua kali pun okay!

Dengan sebiji buah delima anda akan
mendapat kebaikan yang luarbiasa baik untuk kecantikan kulit, masalah sakit perut , masalah cacing dan barakah dari pemakanan AlQuran

Selamat Mencuba!

jika ada yang sudi share, saya izinkan dan mengucapkan terima kasih!

Live and Love Sunnah

Munirah

Ke Jakarta Kita!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Lama dah tak update blog saya , maaf kekangan waktu dengan urusan perundingan dan perniagaan akhir akhir ini namun tidak saya lupakan anda semua.

Pada hari raya Aidiladha yang lepas kami berkesempatan ke Jakarta, Indonesia. Tujuannya adalah untuk meraikan perkahwinan sepupu saya di sana. Alhamdulillah bertemu jodoh dengan orang sana. Kami disambut meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. Lebih kurang 50 orang rombongan kami dari Malaysia. Subhanallah, meriah.

Kemudian , kami terus ke Ascott, Jakarta dan esok pada hari Jumaat kami bertiga (suami, anak dan saya) ke Bogor di Jawar Barat untuk ke Taman Safari yang saya kira adalah destinasi wajib pergi bagi anda yang amat mencintai haiwan dan alam semulajadi.

Tips untuk ke sana adalah harus mendapatkan supir terlebih dahulu, mendapatkan quotation dan pilih kereta yang bersesuaian dengan saiz keluarga. Dan harus diingat, kesesakan jalanraya amat Luarbiasa di Jakarta. Biasakan diri dengan MACET! Perkataan untuk Sesak!

Perjalanan dari Jakarta ke Bogor mengambil masa lebih kurang 2 jam kerana kami bertolak awal selepas Subuh jam 6 pagi , supir sudah ada menunggu di Lobi Ascott.

Pak Supir bernama Roni Adam amatlah baik hati dan amat tertib orangnya, menerangkan pelbagai persoalan.

Seronoknya ke Bogor waktu pagi begini kerana alamnya sangat indah, udaranya segar, mukabumi nya adalah bergunung gunung ibarat kita menaiki Cameron Highlands tetapi jalan nya tidak berliku liku seperti ke CH.

Di Bogor rata ratanya adalah saudara Muslim kita berniaga waktu pagi lagi menjual hasil tanaman mereka dan kedai kedai makanan atau rumah makan sudah mula beroperasi.

Di sepanjang perjalanan, orang tempatan banyak menjual Lobak Merah / Carrot. Tujuannya adalah untuk memberi makan kepada haiwan di dalam Safari itu nanti. Maka, kami pun berhenti di satu kedai saya pilih kedai budak perempuan dalam belasan tahun 11 tahun mungkin dan membeli beberapa gugusan lobak. الحمد لله.

Sampai di Puncak Taman Safari, kereta sudah panjang beratur, tetapi usah khuatir kita tidak perlu turun dari kereta. Membayar tiket masuk pun anda hanya perlu s”eat back and relax” dalam kenderaan anda. Sebaiknya biarlah supir anda uruskan pembayaran masuk , dan tiket mereka pun kita bayarkan sekali ya.

MasyaALLAH kemudian bermulalah pengembaraan di Safari itu, Sungguh saya takut tidak seberani anak saya yang menyentuh semua binatang, dari kuda, kijang, kancil, unta, harimau!

Kami antara pengunjung terawal jadi kami berkesempatan melihat sendiri haiwan ini diberi makan . Subhanallah Taman Safari ini sungguh besar dan Bersih dan tiada bau yang kurang menyenangkan. Landskap nya sangat cantik dengan tumbuh tumbuhan semulajadi. Semua haiwan dibiarkan bebas.

Habis tour Safari melihat haiwan lepas bebas, kami ke checkpoint kedua iaitu, melihat persembahan. Bermula lah perjalananan dengan berjalan kaki, jam 10 pagi persembahan haiwan sudah bermula.

Antara persembahan istimewa yang kami berkesempatan ialah, persembahan Singa Laut, Persembahan Harimau Sumatera, Persembahan Dolphin, Persembahan Burung Liar. MasyaALLAH Hebat semua nya. Dengan informatif yang sangat jelas dari satu check point ke satu checkpoint.

Oleh kerana kami mengunjungi Taman Safari pada hari Jumaat, pihak Taman Safari tetap mengerjakan Solat Jumaat di Musolla mereka yang agak besar. Jadi  apabila kaum Adam mengerjakan solat Jumaat, kami dua beranak melihat lihat tumbuhan liar yang hidup segar di sana.

Di Taman Safari sahaja sarat dengan Ilmu pengetahuan dan banyak boleh dipelajari bersama anak anak disamping membina rasa sayang dan hormat mereka pada alam sekitar.

Pada anda yang gemar berpiknik, jangan terkejut kerana di Taman Safari ini mempunyai Air Terjun Semulajadi. Namun akibat masa yang tidak mencukupi, kami tidak sempat melihat air terjun itu.

Tentang makanan pula, jangan risau kerana banyak food court yang disediakan. Yang penting Bersih dan Halal.

Jam 2 petang kami mengambil keputusan untuk pulang namun sebelum itu, kami ke Rumah Makan di Bogor memilih makanan Sunda antara makanan Kegemaran saya, pilihan utama haruslah Sambal Hijau Kencur atau Cekur. Fresh dan Pedas! jangan dilupakan Supir anda, haruslah makan bersama.

Namun perjalanan pulang ke Jakarta amat meletihkan kerana macet hampir 3 jam lebih.

Esoknya jam 11 pagi kami bersiap sedia untuk ke Upacara Nikah di rumah Moroko, (Morrocco) di Bandar Metropolitan Jakarta dan malamnya pula adalah sesi resepsi di lokasi yang sama. To our Cuzzy, have a Barakah Life we pray for your happiness!

الحمد لله, our short and sweet vacay and اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ  there is more to come!

Enjoy the pictures!!!!

 

Mesti Beli Carrot!

Mesti Beli Carrot!

Lulu kata, cantiknya perempuan ni, Mama

 

IMG_9892

The Zebra, nice and tame

 

Always bring the map

Always bring the map

Sarapan Pagi Gajah

Sarapan Pagi Gajah

The scenery , serene and beauty! nature at its best!

The scenery , serene and beauty! Nature at its best!

IMG_9797

Raja Rimba berehat sun bathing!

Raja Rimba berehat sun bathing!

IMG_0010

Di Indonesia mempunyai 3 Taman Safari, salah satunya di Cisarua, Bogor, Indonesia

amazing Baby Zoo

amazing Baby Zoo

Real Siberian Tiger and it is Unchained!

Real Siberian Tiger and it is Unchained!

Read and Understand,Hoemschooling is Fun Anywhere!

Read and Understand,Homeschooling is Fun Anywhere!

Hello Mr Kangaroo

Hello Mr Kangaroo

The Sea Lion show amongst the shows there

The Sea Lion show amongst the shows there

 

The Giraffe

The Giraffe

Lulu at The Wedding, the reception @ Rumah Moroko

Lulu at The Wedding, the reception @ Rumah Moroko

Us

Us

IMG_0467